Madrasah Tahfiz Al-Maghfirah Purun

Latar Belakang Madrasah

Pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Maghfirah Purun telah diusahakan oleh Tuan Haji Azman Bin Muda atas tanah yang berkeluasan 2 ekar yang terletak di Kampung Purun, Daerah Jelebu kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Klawang. Tanah tersebut telah di wakafkan oleh Tuan Haji Toslan Bin Ali kepada Majlis Agama Negeri Sembilan. Madrasah ini telah menampung 120 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Program Yang Ditawarkan (Kurikulum)

TAHFIZ ATAS
Al-Quran / Pengajian Asas Agama / Berasrama
Yuran Bulanan : RM500

Syarat Kemasukan:
  • Lelaki (11-15 Tahun)
  • Minat Menghafaz Al-Quran
  • Bersedia untuk di tarbiyyah
  • Lulus Temuduga
TAHFIZ RENDAH
Al-Quran / Akademik-BA / Bi / MATH / KAFA / Ulang-Alik
Yuran Bulanan : RM350

Syarat Kemasukan:
  • Lelaki (7-10 Tahun)
  • Minat Menghafaz Al-Quran
  • Bersedia untuk di tarbiyyah
  • Lulus Temuduga
Ko-Kurikulum Madrasah

Sukan Dan Permainan
Ping-pong, Badminton, Memanah, Bola Sepak dll.

Program Dan Aktiviti
Usrah, Qiamullail Perdana, Rehlah, Bengkel, Kursus, Sambutan Hari Kebangsaan Islam dll.

Kemudahan Madrasah
  • Pejabat
  • Bilik Guru
  • Surau
  • Asrama
  • Dewan Makan
  • Dewan Terbuka
  • Bilik Gerakan
  • Padang
  • Tandas
  • Koperasi
Surau

Asrama A & B

Dewan Terbuka

Koperasi
VISI SEKOLAH

Melahirkan generasi Al-Quran yang mempunyai asas kefahaman islam yang kukuh dan mempunyai sahsiah yang tinggi serta dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.

MISI SEKOLAH
  • Menyediakan pengajian hafalan Al-Quran menggunakan kaedah dan teknik yang bersesuaian.
  • Menyediakan pembelajaran ilmu asas agama dan Fardu Ain.
  • Merangka program-program yang dapat mencungkil bakat dan membentuk peribadi pelajar.
  • Menyediakan guru-guru yang berpengalaman serta mempunyai jiwa murabbi.
  • Muwujudkan infrastruktur dan kemudahan yang kondusif untuk pelajar.
SUMBANGAN INFAQ 

Sumbangan boleh di salurkan melalui akaun Pusat Tarbiyah Al-Maghfirah Purun (Bank Pertanian Malaysia Bhd) No. 2005681000335195 

Tel : 012-6211394 (Cikgu Azam) / 010-5447669 (Ustaz Hafiz)
e-mail : mtampurun@gmail.com
FB : Madrasah Tahfiz Al-Maghfiz Purun

Lokasi kami :

Lot 2416 Jalan Syarif Ambulan Mukim Peradong,
71600 Kuala Klawang,
Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Search This Blog